Friday 30 November 2012

ADAB PERTUTURAN BUAT ANAK

Salam semua...
Saya sebagai seorang ibu nak share apa yang saya baca.... semoga kita semua lepas ni ambik berat pasal Adab Pertururan Anak-Anak kita... Maklumla, zaman cyber ni susah nak kata.... 


Ada 5 aspek adab yang penting untuk diketahui:

1. Adab membiasakan anak bersuara rendah
2. Adab bercakap dengan mata bertemu mata
3. Adab bercakap secara positif
4. Adab memuji kebesaran Allah SWT
5. Adab Silaturahim


1. SUARA YG RENDAH

* Anak yg biasa mendengar ibu bapanya bertutur dengan suara yg rendah dan lembut akan lebih berkemungkinan memperoleh watak yang lembut dan mulia. Ia tidak mudah berksar dengan kawan2nya dan org2 lain. Kami mengambil petunjuk daripada Al-Quran yang mengingatkan bahawa bercakap dengan suara yang tinggo adalah seperti "seekor keldai".

2. MATA BERTEMU MATA

* Hubungan M-T-M [mata bertemu mata] ini memberi anak kecil keyakinan bahawa ibu atau ayahnya memberi tumpuan kepadanya dan menyayanginya. Ibu dan ayah yang mengamalkan M-T-M ini akan cepat memahami betapa pentingnya hubungan konsetrasi sebagai asas pendidikan dan pembangunan anak-anak mereka. Dengan cara M-T-M, ibu bapa akan membiasakan anak2nya mudah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu perkara setiap kali merekabercakap, belajar dan berfikir.

3. ADAB POSITIF, OPTIMIS dan MERANGSANG

* Adab ketiga ni berkaitan dengan pembinaan asas kemanusiaan dan ketauhidan. Dgn menggunakan bahasa dan nada yang lembut ibu bapa akan membina suasana tenteram dan mulia. Ibu bapa bole mnyatakan aspek2 keagungan, kekaguman (elements of wonder) tentang benda2 seperti hujan, air, kesihatan, bulan , bintang dan matahari serta sebagainya yang mempunyai tanda-tanda kebesaran Tuhan.

4. ADAB MEMUJI ALLAH SWT

* Bila anak dah dapat memerhatikan keindahan dan kesempurnaan sesuatu perkara serta berpandangan positif atas setiap kejadian, maka perasaan syukur dan pujian harus dihadapkan kepada Allah SWT yang menjadikan makhluk-Nya. Antara ucapan2 yang biasa diucapkan bagi menyatakan perasaan ini seperti Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar , Masya Allah, Insya'Allah dan sebagainya.

5. ADAB SILATURAHIM

* Adab silaturahim sangat lah penting kerana anak yg cerdik harus juga menjadi anak yg mulia. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik seperti sentiasa berbuat baik, suka menolong, suka memberi sumbangan, dan banyak lagi. Anak2 kecil yg membesar dlam suasana yg kaya dengan penghayatn akan lebih berkemungkinan untuk membina budaya silaturahim dan menjadi org2 yg disayangi dan dihormati.


KESIMPULANNYA; ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar serta bertanggung jawab dalam adab anak-anak. Sama sama la kita berusaha menjadi yang lebih baik demi masa depan anak2 dan keluarga.


[ sumber: Pa&Ma Dec 12 ]

No comments:

Post a Comment