Wednesday 18 March 2015

Posisi Sendawakan Bayi

Mengikut kata Pakar Laktasi, Puan Rita Rahayu, kepercayaan sendawakan bayi selepas menyusu atau mengeluarkan angin dari tubuhnya adalah untuk bayi yang menyusu menggunakan botol. Ini kerana aliran susu yang laju daripada puting botol memaksa bayi untuk menelan angin di antara sela sewaktu menelan.

Ni ada beberapa posisi untuk sendawakan bayi yang mak ayah bole cuba;

1. ATAS TANGAN

Dudukkan di atas riba dan letakkan tapak tangan pada perutnya dengan dagunya diatas tangan ibu atau ayah. Dengan Posisi bayi mengadap ke depan dan sedikit tekanan diperut, tepuk belakang bayi perlahan lahan untuk mengeluarkan angin.

2. ATAS BAHU

Letakkan bayi di atas bahu anda supaya perutnya tertekan. Kemudian usap usap atau tepuk bahagian belakangnya. Pegang bayi dengan kemas di bahagian bawah lengannya. Jika bayi dibahu kanan, langkah pegangan ini menggunakan tangan kanan.

3. ATAS RIBA

Letakkan bayi disebelah peha (kaki disilangkan atau buka dengan luas) agar ia menekan perutnya. Sokong kepala bayi dengan sebelah tangan sewaktu menepuk atau mengusap bahagian belakang bayi.

Nota;
Jangan berasa gagal jika bayi gagal disendawakan.
Adalah lebih elok jika bayi sendawa dengan sendiri.

With ♥
Sokong breastfeeding!

No comments:

Post a Comment