Pages

Friday, 4 September 2015

KEK PISANG KUKUS SIMPLE


Sedap kan tengok gambar ni

Hari ni sempat sangat buat kek pisang sebagai sarapan. Huh..tak agak agak kan sarapan aku. Kek Pisang gitu! Di cedok dari blog Joys Of Ummi. Kek pisang ni sangat mudah. Bahan bahan nye simple dan cara masak adalah dengan mengukus sahaja.

Pagi pagi dah ayak tepung. Siap rayyan tanya nak buat kek rainbow ke? Aduhai..ingat janji la tu. Next kek ye baby! Aku guna tepung kek faiza. Kat rumah ni ada beberapa jenis tepung tau.

Tepung Kek Faiza

Ok. Ini bahan bahan-nya dan caranya

Kek Pisang Kukus

Bahan-Bahan
Pisang dilenyek (aku guna pisang emas)
Tepung gandum 2 1/2 cawan
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate
Telur 1 biji
Minyak sayur @ minyak masak 1 cawan (aku guna mazola oil)
Gula halus 1 cawan

Cara cara buat pula;

Ayak tepung, baking powder & bicarbonate. Letak tepi. Lenyek pisang. Ikut suka nk hancur mana.

Gula & telur mix sampai kembang. Guna blender pun boleh. Dh kembang, masuk kan pisang dan minyak. Mix bagi sekata. Last sekali masuk kan tepung sikit sikit then gaul sebati.

Oh ya.. jangan lupa panaskan kukusan siap siap tau. Mudah kan kerja.

Masak kukus selama 45 minit atau rasa dh masak.



Selamat mencuba♥

Salam mesra,
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda